Bagibuahuntukanakgatalgusi
in Ilmu Keibubapaan

Anak Suka Masukkan Benda Dalam Mulut?

Bila dengar ada anak yang tetelan duit syiling, lego kecil, hiasan kecil mesti rasa risau kan! Tapi sebenarnya aktiviti anak tu normal. Dalam fasa perkembangan sensorimotor, anak akan menggunakan deria nya iaitu tangan, kaki, lidah beserta mulut untuk bereksplorasi. Mulut selalu menjadi pilihan anak kecil untuk bereksplorasi kerana pada usia itu paling banyak saraf deria pada bahagian mulut. Kira anak-anak kita ni saintis yang bijak sejak kecil sebenarnyakan. ^_^ Selain bereksplorasi, anak kecil juga memasukkan benda dalam mulut kerana gatal gusi. Jadi ibubapa perlu peka dengan keadaan ini dan sediakan teether atau makanan jejari yang boleh anak-anak ambil bagi mengurangkan rasa…

Continue reading
mushroomnail
in Ilmu Keibubapaan, Review

Kebaikan bermain objek kecil kepada kanak-kanak

Selalu ibubapa risau nak bagi anak main benda kecil-kecil kan. Sama lah saya pun, risau tengok anak pegang benda kecil. Sebab tau dah, nanti mesti nak masukkan dalam mulut. Ya lah, itu kan proses perkembangan sensori anak. Semua benda dia nak teroka guna mulut. Namun kerisauan ini tak sepatutnya kita jadikan alasan untuk menafikan keperluan anak untuk merangsang perkembangan anak. Peluang memegang objek kecil dapat merangsang perkembangan otot-otot pada tangan. Ia sangat penting bagi memastikan perkembangan motor halus yang optimum. Selain itu mainan bersaiz kecil juga memerlukan fokus yang tinggi. Jika tidak tujuan mainan tersebut akan sukat dicapai. Seperti mainan…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Mengisi Masa di Kedai Makan

Pagi hari minggu yang lepas, kami sekeluarga pulang ke rumah abah di Alor Setar. Oleh kerana merancang untuk keluar awal, saya tidak sediakan sarapan pagi di rumah. Dah alang-alang nak keluar boleh la cari kedai roti canai kan. Kalau saja-saja nak keluar untuk makan kat luar tu memang tak kuasa la. Buang masa ja rasanya 😛 Dah sampai kedai tengok boleh tahan ramai jugak pengunjungnya. Pilihan yang ada nasi berlauk dan roti canai. Kami pilih untuk makan roti canai walaupun menjangkakan mungkin berlaku kelewatan. -_- Dan bagi mengisi masa menunggu, saya mendapat idea untuk membuat aktiviti bersama anakanda Fateh. Mula-mula…

Continue reading
Geniusartmushroombutton
in Review

Genius Art

Dah lama saya tak berkongsi mengenai educational toys di sini. Baru-baru ni saya banyak kongsikan mengenai set belajar membaca dan menulis. Alhamdulillah, mutakhir ini semakin banyak bahan-bahan yang interaktif siap tersedia untuk memudahkan ibubapa membuat aktiviti bersama anak-anak. Seronok tengok ibubapa semakin cakna dengan pendidikan awal anak-anak. Cuma untuk anak di bawah usia 4 tahun, keutaamaan adalah dengan dedahkan anak-anak dengan aktiviti yang merangsang perkembangan motor dan daya fokus anak. Pendedahan ini penting supaya anak-anak mempunyai kemahiran mengurus diri yang baik dan dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lebih bersedia. Salah satu educational toys yang sedang hangat di dalam pasaran adalah…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Review

Pernah Tak Anak Cari Mainan Ketika Bercuti?

Kurang seminggu lagi sekolah dah nak bercuti pertengahan penggal pertama. Alhamdulillah, ia ruang untuk anak-anak dan guru melepaskan lelah dari rutin harian persekolahan. Jangankan kita yang kerja ni ja nak rehat, anak-anak yang bersekolah juga lelah dengan pelbagai bebanan setiap hari. Jadi cuti sekolah memang sangat dinanti-nanti oleh semua. Tambahan pula waktu cuti ni lah banyak kenduri-kendara dan aktiviti kekeluargaan. Itulah peluang kita nak balik bercuti di kampung halaman kan. Balik kampung memang meletihkan, namun ia juga menjadi satu daripada aktiviti yang dapat memenuhkan kembali bank emosi kita dan anak-anak, in syaa Allah. Biasanya bila pulang ke kampung, kita sudah ada…

Continue reading
in Umum

Cara Pengambilan Tablet Genius RR4U

Baru-baru ini saya berjumpa dengan rakan saya yang merupakan seorang guru. Saya terkejut melihat banyak kotak tablet makanan minda di dalam simpanannya. Rupanya ia adalah salah satu usaha pihak sekolahnya membantu pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Alhamdulillah, satu inisiatif yang baik dari pihak sekolah. Cuma yang mengejutkan saya bila dia maklumkan ini stok untuk seminggu sahaja. Ha..banyaknya! Sedangkan calon peperiksaan di sekolah tu sikit saja. Bila risik-risik tanya rupanya setiap kali pengambilan 6 biji. Sehari 2 kali ambil. Banyak nya! Saya pun tanya harga sebotol, fuh..murah kemain. Oo..barulah lah faham. Strateginya jual murah, tapi kandungan bahan dalam tablet tu…

Continue reading
Pengalaman Anak Lambat Bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Pengalaman Anak Lambat Bercakap, Cara Ibubapa Kesan Anak Sendiri

Biasanya ibubapa akan sedar anaknya lambat bercakap apabila kanak-kanak lain yang sebaya sudah mula bercakap. Keadaan ini sudah cukup untuk melahirkan kebimbangan pada hati ibubapa. Namun seringkali kebimbangan ini ditenangkan oleh cakap-cakap yang menunjukkan anak kita ok. Alah budak-budak bukan sama. Ada jenis lambat. Nanti-nanti boleh la cakap tu. Budak lelaki memang lambat sikit mula bercakap. Jeng..ibubapa yang asalnya sudah terdetik kebimbangan mula berasa selesa. Walaupun kebimbangan itu kembali bertandang, tetapi memang fitrah manusia adalah sukar untuk menerima kenyataan yang negatif. Seboleh mungkin akan dineutralkan supaya semuanya ok. Dan itulah juga saya satu ketika dulu. <peace> Walaupun hakikatnya anakanda Fateh…

Continue reading
anak pencinta Al Quran
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Kebaikan belajar Al Quran untuk Anak Lambat Cakap

Alhamdulillah sejak anak masih bayi saya sering membaca perkongsian mengenai mengajar Al Quran pada anak. Saya sangat suka dengan perkongsian sebegini dan menanam hasrat untuk mempraktikkannya kepada anak sendiri. Antara perkongsian yang sangat memberi inspirasi ialah dari Puan Lina Karim, ibu kepada adik Darwisy dan Darwisya yang sangat cerdik. Pasti menjadi impian semua ibubapa mempunyai anak yang cerdik dan hafaz Al Quran seperti mereka. Sejak usia anakanda Fateh sekitar 1 tahun, saya sudah mula memperkenalkan huruf hijaiyah kepadanya. Saya hanya pasangkan VCD lagu Al Furqan yang rancak itu untuk perkenalkan bunyi huruf. Dia sangat suka dengan lagu dan animasi di…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Kesan Al Fatihah kepada Pertuturan Anak

Al Quran adalah kitab suci yang diturunkan sebagai panduan hidup kita sebagai muslim. Segala isi kandungannya adalah untuk membimbing kita agar sentiasa dalam jalan kebenaran. Al Quran juga adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maka segala yang berkaitan dengan Al Quran pastinya dapat membawa kebaikan yang banyak kepada kehidupan kita sebagai seorang muslim. Teringat saya semasa hadir ke seminar A.N.A.K.K.U beberapa bulan lepas, Dr Siti Rohana berkongsi pengalamannya yang sangat unik berkenaan Al Quran. Katanya beliau hanya mula mengajar anak membaca Al Quran selepas usai 3 tahun. Tetapi sejak anak lahir beliau sudah amalkan untuk bacakan Al Fatihah kepada…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Terapi Fizikal untuk Anak Lambat Cakap

Dulu-dulu kalau tengok budak tiup belon buih selalu fikir apa la yang best sangat main ni. Lenguh mulut kot. Kan sekarang dah ada pistol belon buih tu, senang sekali tembak berlambak-lambak belon keluar. Fuh.. Tapi tu dulu la. Dulu-dulu masa tak faham tentang perkembangan kanak-kanak. Zaman kegelapan. Uhuks! Selepas bertemu dengan terapis carakerja barulah saya tahu rupanya meniup belon adalah salah aktiviti yang bagus untuk membantu fisiologi mulut anak berkembang dengan optimum. Dan perkembangan fisiologi mulut penting bagi memastikan anak dapat bercakap pada usia yang sepatutnya. Lepas tau tu jumpa belon kat mana pun ummi belikan ja. Sebelum tu memang…

Continue reading
Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Bagaimana Mengajar Anak Lambat Bercakap Gabungkan 2 Perkataan

Catatan mengenai lambat bercakap adalah satu proses flashback. Ia adalah pengalaman saya hampir 4 tahun lalu. Namun saya catatkan juga di sini buat rujukan diri sendiri dan ibubapa yang memerlukan. Seringkali ibubapa yang mengetahui anak saya pernah mengalami fasa lambat bercakap akan bertanya bagaimana saya keluar dari kepompong itu. Untuk bercerita dalam mesej, dalam pertemuan-pertemuan singkat adalah sukar. Jadi bila dicatat di sini harapnya lebih mudah mereka yang memerlukan membuat rujukan. Cuma mungkin ada bahagian yang tertinggal, penerangan kurang tepat dan sebagainya kerana ia sudah lama berlalu. Kerana itu bacaan-bacaan di media umum ini sifatnya hanya sebagai pembuka minda. Tatkala ibubapa…

Continue reading
in Umum

Spa Muslimah (MamaCare) di LPPKN

Bagi seorang ibu bila dengar ja spa terus terbayang betapa relax nya nanti. Memang kalau tanya mana-mana ibu pun suka nak bersantai-santai di spa. Tapi hakikatnya sikit sangat wanita yang berpeluang membelai diri di spa. Banyak faktor yang jadi kekangan seperti kewangan, masa, jagaan anak dan sebagainya. Namun yang paling banyak kekangan masa sebenarnya kan. Alhamdulilah baru-baru ni semasa saya buat ujian pap smear di Klinik Nur Sejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara cawangan Kepala Batas, saya terjumpa spa yang best ni secara tak sengaja. Ini kali pertama saya buat ujian di situ. memang masa mula-mula sampai tu nampak…

Continue reading
Close