Tag

parenting

in Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Vitamin Tambah Selera Makan Budak yang Sedap

Vitamin tambah selera makan budak memang sangat membantu ibubapa yang mempunyai anak kecil. Anak kurang selera makan akan mengundang pelbagai isu lain seperti 1. Kurang zat dan kecil berbanding rakan seusia Kurang makan akan menyebabkan anak kurang zat yang diperlukan oleh badan. Secara tak langsung pertumbuhan juga akan lebih lambat dan anak nampak lebih kecil berbanding rakan seusia. 2. Mudah dijangkiti penyakit Anak yang kurang selera makan biasanya akan menolak kebanyakan buah dan sayuran. Ini menyebabkan badan kekurangan vitamin dan menyebabkan badan lemah pertahanan terhadap jangkitan. Anak mudah terkena jangkitan batuk dan selsema dari sekolah. 3. Kerap meragam kerana lapar…

Continue reading
cara mudah hafal sifir
in Ilmu Keibubapaan

Cara Mudah Hafal Sifir, Tak Perlu Guna Kaedah Pelik-pelik

Cara Mudah Hafal Sifir ini adalah teknik berkesan yang guru saya buat semasa saya darjah 5. Masa tu saya baru pindah sekolah tu, terpinga2 tengok orang lain kemain laju dapat jawab soalan sifir. Rupanya memang latih tubi mingguan. Saya sendiri pun masa darjah 5 tu baru betul-betul ‘lekat’ semua sifir tu, setelah saya pindah jumpa Cikgu Ehsan. Beliau guna kaedah latih tubi ala-ala Kumon tu untuk bagi kami betul2 ingat sifir. Ni cerita zaman 90an yer kome, makhluk Kumon tak dikenali lagi masa tu.hehe. Cara Mudah Hafal Sifir untuk Pelajar Lemah Matematik Kemudian bila saya jadi cikgu matematik, saya dapat…

Continue reading
ruam bayi alahan telur
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Bayi Alahan Telur, Pengalaman Pertama yang Mendebarkan!

Saya baru mengalami pengalaman mendebarkan bayi alahan telur setelah anak ke empat. 3 orang anak sebelum ni Alhamdulillah tak pernah alami alahan yang serius, ruam gatal sikit-sikit tu ada la. Tapi pengalaman kali ini agak mendebarkan kerana saya pun tak pernah kenalkan telur pada bayi terlalu awal. Ini juga kesan keterujaan tengok video info pendek tapi tak mengkaji lebih mendalam. Dalam info tu bayi boleh diberi telur seawal 8 bulan, oleh kerana anakanda Fayyad sudah 10 bulan saya pun yakin saja berikan sesudu besar telur bercampur bubur kepadanya. Respon awal gejala alahan telur Sejurus lepas makan dia mula gelisah. Selepas…

Continue reading
Doa Ibu Waktu Anak nak Exam
in Ilmu Keibubapaan

Sebenarnya Anak Perlukan Doa Ibu bukan hanya Waktu Nak Exam

Hari ini saya ambil masa bertenang merenung perjalanan sebagai ibu. Serasa baru saja saya bersendirian memikirkan isu-isu jagaan anak yang masih kecil, hari ini mereka sudah meniti usia remaja. Alhamdulillah syukur dengan nikmat pinjamanNYA. Bila memikirkan anak, seringkali ia hadir bersama kebimbangan mengenai masa depan mereka. Bagaimana jalan hidup yang mereka akan tempuh, apa mereka akan buat, di mana kehidupan mereka bakal berlabuh. Benda2 macam ni kalau kita fikir dan fikir pun sebenarnya takda jawapan pun. Kita boleh merancang tapi akhirnya perancangan Allah jualah yang terbaik untuk kita semua. Cuma 1 senjata utama yang kita ada adalah DOA. Sebenarnya anak…

Continue reading
Anak Susah Makan Ubat Demam
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Pengalaman Anak Susah Makan Ubat Demam, No 3 cara paling mudah!

Ada anak susah makan ubat ni memang jadi mimpi ngeri untuk kita setiap kali anak tak sihat kan. Lagi-lagi ubat PCM (Parecetamol), memang tak sempat sampai tekak anak dah luahkan balik. Ubat tu pahit sebenarnya, jadi memang tak pelik la anak tak nak telan.

Dari anak pertama sampai ke 4, macam-macam cara la jugak kami buat setiap kali anak tak sihat. Memang semua jenis kena berperang sakan bila nak bagi ubat. Saya kongsikan pengalaman ni moga ada yang bermanfaat untuk kalian.

Ambil ubat di klinik homeopathy

Untuk anak pertama dan kedua kami yang susah makan ubat, kami beli ubat demam,batuk & selsema dari klinik homeopathy. Ubatnya jenis biji kecil-kecil warna putih, rasa manis. Jadi takda masalah langsung nak bagi diorang makan bila-bila masa pun, dan Alhamdulillah ubat ni sangat serasi dengan anak-anak kami.

Anak Susah Makan Ubat boleh bagi ubat homeopathy
Ubat homeopathy disembur ke atas bebola gula yang manis

Untuk bawah setahun ubat di ada juga jenis cecair. Saya pun selalu ambil ubat batuk jenis cecair dari Homeopathy, ubatnya tak mengantuk. Jadi kalau anak anda jenis susah makan ubat, mungkin boleh cuba ikhtiar cara ini.

Pendekatan psikologi untuk anak susah makan ubat

Cara ini saya belajar masa anak ke 3, lambat sungguh kan.heheh. Antara yang saya belajar, kita jangan buat sesi makan ubat tu macam satu benda yang menggerunkan anak. Kena relaks santai-santai macam kita nak makan benda lain jugak, tak perlu la nak pegang dia kuat-kuat sampai dia rasa terancam!

Anak Susah Makan Ubat
Susah makan ubat boleh jadi faktor psikologi merasa pengalaman buruk sebelum itu

Jadi secara psikologinya anak akan nampak benda tu biasa, maka anak pun akan tenang hadapi sesi makan ubat dan tak jadi fobia untuk dia.

Menjadi ke?

Saya rasa menjadi kalau ubat tu tak pahit sangat.haha.

Bagi Jus Rizzqy untuk anak susah makan ubat

Haaa..ini claim berani mati namanya.kihkih. Ini pengalaman saya saja, saya dah buat dan nampak hasil jadi saya rasa nak berkongsi kat sini untuk yang sedang mencari cara untuk anak kalian.

Saya faham perasaan mak yang anaknya susah makan ubat. Demam tinggi, nak suap ubat kena berperang sakan, macam2 cara kita paksa kadang dan masuk mulut pun dia ludah luah balik. Jadi apa lagi cara nak bagi anak kebah kan.

Yang pentingnya kita kena faham, demam ni bukan penyakit. Ia adalah simptom yang menunjukkan badan senang bekerja untuk lawan jangkitan dalam badan. Jadi yang badan perlukan sebenarnya adalah kekuatan antibodi untuk lawan jangkitan tu.

Anak Susah Makan Ubat

Bila saya jumpa jumpa Jus Rizzqy ni, saya tengok kandungan dalam tu semuanya superfood. Madu tualang, kurma, aprikot ,delima, buah tin, cendawan susu harimau serta Omega 3&5. Jadi antara kebaikan jus ini ia dapat bantu antibodi badan lebih kuat.

Anakanda Fathinah mula demam semalam pagi semalam, hidung pun mula berair. Saya pun cubalah bagi dia 1 sudu jus Rizzqy. Lepas tu nampak dia bersin keluar hingus yang pekat. Lepas tu suhu demam dia turun. Nampak macam berfungsi.

Jus Rizzqy adalah minuman kesihatan yang selamat untuk kanak2 seawal 2 tahun

Lepas beberapa jam demam dia naik balik, saya bagi lagi 1 sudu. Dan sama juga lepas bagi tu dia nampak mengantuk sikit dan tak lama lepas tu suhu demam pun turun.

Ikutkan untuk pengambilan harian 2 sudu dah mencukupi. Tapi sebab tengah demam ni saya up kan pengambilan. Ini dah dirujuk dengan pakar sebab Rizzqy ni bukan ubatan, ia kategori makanan jadi tiada isu lebih dos.

Alhamdulillah lepas sehari semalam, pagi esoknya demam Fathinah dah kebah. Tinggal selsema ja ada sikit-sikit lagi lepas tu petangnya dia main hujan pulak.kihkih.

Kalau tengok pengalaman ibubapa ni pun memang Jus Rizzqy ini dapat membantu anak lebih cepat pulih dari demam, batuk dan selsema.

“Sekarang dah jarang demam”
“Batuk & selsema dah hilang”
“Anak dah jarang selsema”

Apa-apa pun ini hanyalah perkongsian pengalaman kami, bukan pembuktian ia akan berkesan untuk semua orang. Bila anak tak sihat ni kita hanya berikhtiar, ubat hanyalah asbab kesembuhan. Tapi yang akan bagi kesembuhan hanya Allah As Syifa, yang boleh bagi kesembuhan samada dengan makan ubat atau pun tidak. Wallahualam.

in Review

Minyak Telon Baby Terbaik Keluaran Muslim

Minyak Telon Baby Terbaik keluaran muslim sangat dinantikan kehadirannya oleh ramai ibubapa. Sekian lama ibu-ibu hanya melumur apa sahaja minyak yang dikatakan bagus untuk bayi baru lahir turun temurun walaupun jelas ia bukan keluaran Muslim. Sedih sekali anak kecil yang suci itu kita lumur dengan minyak yang tak pasti kesahihan sumbernya, hanya kerana mendengar cakap orang lain. Wahai ibu muda sekalian, hari ini susah terlalu banyak minyak telon bayi keluaran syarikat Muslim yang jauh lebih bagus, jauh lebih selamat dan yang paling penting dijamin kesuciannya in syaa Allah. Salah satu Minyak Telon Baby Terbaik ialah Stommy Natural Oil dari Tasneem…

Continue reading
bahayasikapnarsisisme
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya narsisisme pada anak

Bahaya narsisisme pada anak  sangat menggerunkan. Ini kali pertama saya mendengar huraian yang panjang lebar mengenai ‘narsisisme’. Sambil memandu saya dengar dari slot Suluh Budi di stesen radio IKIM. Narsisisme adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan cintakan diri sendiri yang melampau. Antara ciri-ciri golongan narsistik ini ialah amat mementingkan penampilan, terlalu mengharapkan pujian dan tidak dapat menerima kelemahan. Beliau menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. Jika anda sedang terbayang seseorang ketika ini, boleh jadi beliau mengalami masalah narsisisme. Hehe. Banyak lagi kupasan panel mengenai keburukan golongan narsistik ini. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah punca…

Continue reading
bayi tak berak 3 hari
in Ilmu Keibubapaan

Cecair enema, ubat sembelit paling cepat berkesan

Bila anak dah sembelit mesti kita akan cari cara paling cepat untuk atasi masalah tu kan. Ibubapa mana yang sanggup nak tengok anak dok meraung sembelit. Apa ja yang dapat selesaikan masalah tu segera mesti kita akan buat. Pilihan paling cepat dan murah ialah menggunakan cecair enema. Kat rumah saya panggil sabun pam bontot. Haha. Cecair enema ni dalam bentuk tiub, boleh didapati di farmasi sekitar rm2 untuk 1 tiub. Saya cari cara guna jumpa poster ni, jadi saya kongsi kat sini ya untuk ibubapa yang kali pertama nak guna cecair enema ni. Langkah 1 : Basuh tangan langkah 2 :…

Continue reading
punca anak sembelit
in Kesihatan bayi dan kanak-kanak

5 Cara hilangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak, no 5 tu paling mudah!

Fasa anak sembelit memang merunsingkan semua ibubapa. Anak jadi kerap meragam, kurang selera makan dan nak tidur pun susah. Ini semua berpunca dari perut yang kurang selesa. Tambah kritikal bila dah masuk fasa sembelit berdarah macam anak saya dulu. Makin  bertambah susah hati la kita setiap kali tengok anak meneran. Punca bayi dan kanak-kanak sembelit Bayi menyusu sepatutnya tidak mudah sembelit Molekul susu ibu tu memang dah sesuai dengan usus bayi jadi sangat mudah dihadam. Jadi ada fasa bayi menyusu ni jarang buang air besar, biasanya sekitar usia 3 bulan macam tu. Kebanyakan kandungan susu ibu tu dah diserap, jadi…

Continue reading
anaksukahaiwan
in Ilmu Keibubapaan

Bila Waktu Terbaik Kenalkan Allah kepada Anak?

Akidah adalah prinsip paling penting yang wajib diterapkan dalam setiap diri anak-anak. Dengan pegangan akidah yang mantop, anak boleh membawa diri menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Soalnya, bila nak mula? Alhamdulillah semasa hadir ke seminar A.N.A.K.K.U, penceramah berkongsi mengenai hal ini. Menurut Puan Siti Rohana, seawal usia 1 tahun kita boleh mula bagi anak kenal siapa yang paling utama dalam hidup dia. Tak payah bukak kitab tauhid pun, semua muslim boleh buat. Ini tips yang beliau kongsikan. Sebut Nama Allah kepada Anak Sebut sahaja “Allah”. Jadikan ini amalan kita sebagai ibu. Takda apa-apa nak sebut,…

Continue reading
anaksukatanyasoalan
in Ilmu Keibubapaan

3 Teknik Rangsang Anak Suka Bertanya

Hujung minggu baru-baru ini saya berpeluang sekali lagi belajar ilmu keibubapaan bersama Puan Siti Rohana. Kali pertama saya menadah ilmu dengan beliau tahun lepas dalam Seminar A.N.A.K.K.U. Terasa macam cepat sangat masa berlalu, ilmu yang dulu pun masih banyak yang belum amal. Dan pertemuan kali ini telah menyuntik lebih banyak ilmu dan semangat, Alhamdulillah. Satu panduan ringkas yang beliau bagi tapi sangat mengujakan saya ialah bagaimana merangsang anak yang suka bertanya. Kita sedia maklum semua kanak-kanak akan melalui satu fasa suka bertanya. Pelbagai pertanyaan boleh muncul sehingga boleh membuatkan kita sebagai ibubapa hilang punca nak mencari jawapan. Namun ada teknik…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tak Perlu Bela di Rumah Walaupun Anak Suka Kucing

Petang tadi kami berehat di perkarangan masjid sementara menanti anakanda Fateh solat. Faqihah memang suka dengan persekitaran begini kerana dia sukakan alam semulajadi. Selain membelek pokok-pokok diperkarangan masjid, memberi makan kucing juga sudah menjadi rutin mereka berdua. Walaupun Faqihah sukakan haiwan, saya cuma melatihnya untuk suka haiwan sekadarnya. Jika tujuan kita sukakan haiwan untuk merebut pahala berbuat baik kepada haiwan, tiada keperluan untuk kita memelihara haiwan tersebut di rumah. Cukuplah sekadar menjadikan rutin memberi makan haiwan setiap hari atau bila berkesempatan. Saya melihat budaya memelihara haiwan kesayangan sehingga mengeluarkan kos yang banyak sebagai satu hobi yang tidak bermanfaat. Dalam keadaan…

Continue reading
Close